Monday, October 5, 2009

KESAN BENCANA ALAM

Bencana adalah sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar. Contoh bencana alam ialah ribut, gempa bumi, petir, banjir dan tsunami.

Gempa bumi yang buruk belum pernah berlaku di Malaysia , berbanding di Indonesia . Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi menyebabkan rumah runtuh. Hai ini memberi kesengsaraan kerana manusia telah kehilangan tempat tinggal .

Hujan yang berterusan tanpa henti boleh menyebabkan banjir. Manakala banjir dari laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir boleh menenggelamkan rumah. Apabila rumah dinaiki air ,segala-gala yang ada dalam rumah seperti perabot, televisyen ,pakaian dan dokumen penting akan musnah.

Bencana alam menyebabkan hasil pertanian akan musnah dan peluang pekerjaan terbatas. Bagi penduduk di kawasan pedalaman yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bencana alam menyebabkan sumber-sumber akan berkurangan. Kehidupan perlu diteruskan dan sumbangan orang ramai sahajalah yang dapat mamastikan mereka dapat terus hidup.

Bencana alam juga menyebabkan jalan bertar akan retak dan sesetengahnya tidak boleh digunakan terus. Hal ini menyukarkan masyarakat untuk berhubung dengan dunia luar. Apabila situasi ini berlaku, anak-anak tidak dapat pergi ke sekolah , ibubapa tidak dapat pergi kerja, dan peniaga tidak dapat menghantar makanan ke kedai runcit.

Secara tuntasnya, bencana alam merupakan fenomena alam yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan kita seboleh-bolehnya berusaha mengelakkan dengan tidak merosakkan alam ciptaan tuhan.

5 comments: