Monday, October 5, 2009

Tajuk: Masalah pencemaran air merupakan salah satu punca kesihatan terjejas. Bincangkan.

AIR adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan penyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman , sistem kebersihan , pertanian , industri, pembangunan bandar , kuasa hidro , perikanan , pengangkutan , pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air. Air mewakili 70 peratus daripada isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia. Air mengandungi hidrogen dan oksigen dan ia amat penting untuk isi planet ini untuk menbesar dan tumbuh.

Walaupun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan , manusia bagaimanapun nampaknya begitu mudah mengabaikannya dengan mencemarkannya dan mengotorkan longkang , sungai , tasik dan laut. Pengarah Urusan Segi Perkasa Sdn Bhd , Hisham Jabar , dalam kertas kerja bertajuk “Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Pengurusan Industri Kumbahan Air Secara Efektif ” , berkata secara perlahan –lahan manusia sebenarnya mengancam planet sehingga ke tahap organisma mula mati pada kadar yang amat pantas.

Selain ancaman terhadap organisma yang mulai mati , air minuman yang paling penting untuk menjalani kehidupan sihat juga kadangkala dicemari dengan serius.Selain itu , laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka dan ia juga meragut 25,000 jiwa setiap hari di seluruh dunia. Sehubungan itu , untuk mengatasi pencemaran air , kita harus memahami masalah dan sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha mencari penyelesaian, seperti di Manila(Filipina) , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran keadaan kesihatan di bandar raya Asia yang pesat membangun akan terjejas jika kerajaannya tidak mengambil langkah segera menangani masalah pencemaran air. Kira-kira 2.3 bilion orang di dunia mengalami masalah kesihatan disebabkan pencemaran air.

Pencemaran mengikut definisi bermaksud untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor. Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air dirasakan tidak sesuai untuk digunakan manusia , maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air.

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang , pengaliran bahan cairan dari kilang , kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi terdedah kepada mencemarkan sumber air utama. Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari segi perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia (contohnya racun serangga di ladang) yang dimusnahkan dengan tidak betul. Pencemaran atmosfera juga berpunca daripada manusia seperti penggunaan kenderaan (asap ekzos , kilang ).

Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar , sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan , langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli , bakteria, organik dan bahan bukan organik yang boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air. Air kumbahan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, sama ada ia mengandungi bahan keluli , organik, bahan bukan organik, serangan bakteria dan pencemaran jenis lain. Sehubungan itu, dengan memahami bentuk sesetengah air lebihan , kita boleh merawat air lebihan berkenaan secara efektif untuk memastikan ia mencapai tahap kebersihan yang sesuai dengan taraf alam sekitar.

Bagaimanapun , ada teknologi untuk mengawasi pencemaran dari sumber terus walaupun faktor politik mungkin menyukarkan keadaan. Pencemaran dari sumber tidak terus bagaimanapun sukar dikawal. Pencemaran yang berpunca daripada sumber tidak terus adalah faktor majoriti atau utama kepada pencemaran yang berlaku di tasik dan sungai.Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi , pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.

Selain itu , ada juga jenis pencemaran air. Pertama , bahan toksik, sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun serangga dan bahan buangan industri. Kedua , adalah bahan organik , pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air. Seterusnya, pencemaran terma , pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi , sebagai ia sepatutnya. Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biological oleh organisma akuatik untuk oksigen.

Bagaimanapun , ada beberapa laporan mengenai krisis pencemaran air , penyakit berbahaya dan beberapa isu lain yang penting untuk memastikan rawatan air lebihan itu menjadi lebih efektif. Menurut Redaksi, pada 01 Februari 2007, lebih dari satu billion manusia di seluruh dunia kehilangan akses terhadap sumber air bersih.Sekitar 1.6 juta anak di seluruh dunia meninggal akibat tidak terpenuhinya kebutuhan dasar air bersih dan sanitasi yang sihat. Air bersih dan sanitasi yang baik merupakan elemen penting yang menunjang kesihatan manusia.Menurut temuan terbaru Badan Kesihatan Dunia (WHO) ,lebih dari 1.1 billion penduduk kekurangan akses terhadap air minum dari sumber yang ada. Di luar itu, 2.6 billion warga tidak memiliki akses terhad kesihatan dan kebersihan. Pada tahun 2005,WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak aman dan lingkungan hidup yang tidak higienis.Ertinya terjadi kematian 4.500 anak setiap hari. Penyakit terkait sumber air kotor yang menimpa masyarakat antara lain ialah cirit-birit dan penyakit lain akibat parasit. Sebanyak 80% penduduk dianggarkan tidak memiliki akses terhadap sumber air minum yang bersih berada di sub Sahara Afrika.Hal yang sama terjadi di wilayah Asia Timur da Asia Tenggara.

Ada banyak kesan buruh pencemaran air,ke atas kesihatan manusia.Semua jenis pencemaran mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh memberi kesan kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah.Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT(racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf ,gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.Disenteri, salmonella, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi.Sesetengah pantai,sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

Kesimpulannya, didapati huraian di atas jelas memastikan pencemaran air merupakan salah satu punca kesihatan terjejas. Kita hendaklah menyelesaikan masalah ini secepat mungkin .Kita juga harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.Antaranya ialah,menanam kesedaran betapa pentingnya air di kalangan masyarakat. Contohnya , mengadakan kempen seperti “Sayangilah dan Hargai Air”.Selain itu,menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya.Seterusnya,menguatkuasakan undang-undang.Contohnya,mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan atau menyebabkan pencemaran supaya tidak melakukan lagi. Air ialah sumber penting untuk segala kehidupan. Kebersihan air menjamin kehidupan. Menjaga kebersihan air ialah tanggungjawab masyarakat sejagat. Hargailah air dalam kehidupan.

1 comment: