Monday, October 5, 2009

kini, internet merupakan suatu daripada media yang penting dalam kehidupan manusia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini.

Pada zaman sekarang, internet merupakan suatu daripada media yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui internet, kita boleh membuat komunikasi dengan pantas melalui mel elektronik atau e-mel.

Internet juga memaparkan maklumat dalam pelbagai bidang dengan lengkap berserta dengan visual gambar dan juga menambahkan pengetahuan. Internet merupakan suatu media yang sangat berguna kepada pelajar.

Dengan adanya internet, maklumat didapati dengan pantas dan mudah. Ia boleh dapati hanya menggunakan komputer. Kalau ada internet, maklumat hanya di hujung jari dan ia juga mengambil masa beberapa saat sahaja untuk memperoleh sesuatu maklumat.

Selain itu, internet juga memudahkan urusan harian manusia. Ia membantu seseorang dapat membuat pembayaran pinjaman melalui pemindahan wang dalam akaun melalui internet dan juga boleh buat penempahan tiket kapal terbang dan sebagainya.

Akhirnya, internet juga memudahkan untuk membuat komunikasi antara manusia, ia membantu seseorang menghantar berita, bertukar-tukar cerita dan pendapat dengan pantas,mudah dan murah sungguhpun dipisahkan oleh jarak yang jauh.

Kesimpulannya, internet banyak memberikan maanfaat kepada semua orang, jika tidak disalahgunakan. Pengguna haruslah menggunakannya dengan bijaksana dan baik.

No comments:

Post a Comment